Tuesday, June 29, 2010

Lagi2 Ping Pong

KEMERIAHAN KEJOHANAN PING PONG JEMPUTAN MAHKOTA AMAN 2010

Kuantan (26 Jun 2010) – Buat julung kalinya satu Kejohanan Ping Pong Tertutup Mahkota Aman 2010 telang berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang bermula jam 9 pagi telah di sertai oleh 10 pasukan ping pong yang mewakili kelab masing-masing. Kelab Ping Pong Mahkota Aman sebagai tuan rumah telah menghantar 3 pasukan iaitu Mahkota Aman A, Mahkota Aman B dan Mahkota Aman C. Kelab Berjaya Permai Sungai Soi menghantar 2 pasukan iaitu Sungai Soi A dan B diikuti masing-masing 1 pasukan iaitu kelab ping pong MTBE, Balok, Maran Jaya, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Syah (POLISAS).

 Setelah di undi Kumpulan A terdiri daripada pasukan Mahkota Aman A, Balok, Maran Jaya, Sungai Soi A dan UMP manakala kumpulan B terdiri daripada Mahkota Aman B, Mahkota Aman C, Sungai Soi B, MTBE dan Polisas.
Format pertandingan adalah secara liga dan pasukan yang menjadi johan dan naib johan kumpulan akan memasuki perlawanan separuh akhir. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain perseorangan.

 Setelah semua pemain pasukan masing-masing berhempas pulas melengkapkan jadual pertandingan pasukan Mahkota Aman A muncul johan kumpulan A diikuti pasukan Balok sebagai naib johan manakala Mahkota Aman C menjadi johan kumpulan B diikuti Mahkota Aman B sebagai naib johan.

 Tepat jam 6 petang perlawanan separuh akhir bermula dan keputusannya pasukan Mahkota Aman A berjaya menewaskan pasukan Mahkota Aman B dengan mata 3-0 manakala Pasukan Balok turut berjaya menewaskan pasukan Mahkota Aman C dengan kiraan mata yang sama.

 Perlawan akhir merupakan perlawanan yang dinantikan dan menemukan pasukan Mahkota Aman A dengan pasukan Balok. Dengan masing-masing mempertaruhkan pemain mengikut rangking pasukan masing-masing pasukan Balok lebih menyerlah dengan Lokman berjaya menewaskan Md Lazim, Abu berjaya mengalahkan Zali dan Jamal menang keatas Rosdin. Pasukan Mahkota Aman A hanya berjaya mencuri 1 mata melalui Taufik dengan menumpaskan Fendi. Keputusan keseluruhan pasukan Balok menewaskan pasukan Mahkota Aman A dengan keputusan 3-1. Kejohanan yang julung kali diadakan ini berakhir pada jam 9.30 malam. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Mejar Amir selaku penaung Kelab Ping Pong Mahkota Aman dengan tempat pertama membawa pulang RM 100, kedua RM 80 dan ketiga dan keempat RM 50. Setiap pemenang juga mendapat medal masing-masing. 

 Kejohanan kali ini dapat mengumpulkan pemain ping pong amatur sekitar Kuantan dan masing-masing mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan kenal- mengenali antara satu sama lain. Pihak penganjur juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang individu mahupun syarikat swasta yang berkenaan kerana turut memainkan peranan penting menjayakan kejohanan kali ini. Harapan pihak penganjur kejohanan ini dapat dijadikan acara tahunan dan lebih banyak pasukan dapat dijemput untuk memeriahkan lagi kejohanan untuk edisi akan datang.


1 comment:

Chubbiz said...

Salam ziarah n salam ramadhan utk semua...Nak info tutorial yg best ? sila klik sini http://chubbiz.blogspot.com ,ok bye