Monday, October 3, 2011

Saturday, September 17, 2011

Kemudahan Homestay Terbaek

Kami menyediakan kemudahan homestay untuk anda semua di alamat:

No 9, Lorong Seri Mahkota Aman 4,
Taman Seri Mahkota Aman,
26070 Kuantan,
Kuantan.


Bilik Utama

Harga Promosi Oktober 2011 : RM 130 sehari (Normal RM 150)

Hubungi : Ariff (012-9501667)
Deposit tempahan : 153010116564 (Maybank)

Tuesday, June 29, 2010

Lagi2 Ping Pong

KEMERIAHAN KEJOHANAN PING PONG JEMPUTAN MAHKOTA AMAN 2010

Kuantan (26 Jun 2010) – Buat julung kalinya satu Kejohanan Ping Pong Tertutup Mahkota Aman 2010 telang berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang bermula jam 9 pagi telah di sertai oleh 10 pasukan ping pong yang mewakili kelab masing-masing. Kelab Ping Pong Mahkota Aman sebagai tuan rumah telah menghantar 3 pasukan iaitu Mahkota Aman A, Mahkota Aman B dan Mahkota Aman C. Kelab Berjaya Permai Sungai Soi menghantar 2 pasukan iaitu Sungai Soi A dan B diikuti masing-masing 1 pasukan iaitu kelab ping pong MTBE, Balok, Maran Jaya, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Syah (POLISAS).

 Setelah di undi Kumpulan A terdiri daripada pasukan Mahkota Aman A, Balok, Maran Jaya, Sungai Soi A dan UMP manakala kumpulan B terdiri daripada Mahkota Aman B, Mahkota Aman C, Sungai Soi B, MTBE dan Polisas.
Format pertandingan adalah secara liga dan pasukan yang menjadi johan dan naib johan kumpulan akan memasuki perlawanan separuh akhir. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain perseorangan.

 Setelah semua pemain pasukan masing-masing berhempas pulas melengkapkan jadual pertandingan pasukan Mahkota Aman A muncul johan kumpulan A diikuti pasukan Balok sebagai naib johan manakala Mahkota Aman C menjadi johan kumpulan B diikuti Mahkota Aman B sebagai naib johan.

 Tepat jam 6 petang perlawanan separuh akhir bermula dan keputusannya pasukan Mahkota Aman A berjaya menewaskan pasukan Mahkota Aman B dengan mata 3-0 manakala Pasukan Balok turut berjaya menewaskan pasukan Mahkota Aman C dengan kiraan mata yang sama.

 Perlawan akhir merupakan perlawanan yang dinantikan dan menemukan pasukan Mahkota Aman A dengan pasukan Balok. Dengan masing-masing mempertaruhkan pemain mengikut rangking pasukan masing-masing pasukan Balok lebih menyerlah dengan Lokman berjaya menewaskan Md Lazim, Abu berjaya mengalahkan Zali dan Jamal menang keatas Rosdin. Pasukan Mahkota Aman A hanya berjaya mencuri 1 mata melalui Taufik dengan menumpaskan Fendi. Keputusan keseluruhan pasukan Balok menewaskan pasukan Mahkota Aman A dengan keputusan 3-1. Kejohanan yang julung kali diadakan ini berakhir pada jam 9.30 malam. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Mejar Amir selaku penaung Kelab Ping Pong Mahkota Aman dengan tempat pertama membawa pulang RM 100, kedua RM 80 dan ketiga dan keempat RM 50. Setiap pemenang juga mendapat medal masing-masing. 

 Kejohanan kali ini dapat mengumpulkan pemain ping pong amatur sekitar Kuantan dan masing-masing mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan kenal- mengenali antara satu sama lain. Pihak penganjur juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang individu mahupun syarikat swasta yang berkenaan kerana turut memainkan peranan penting menjayakan kejohanan kali ini. Harapan pihak penganjur kejohanan ini dapat dijadikan acara tahunan dan lebih banyak pasukan dapat dijemput untuk memeriahkan lagi kejohanan untuk edisi akan datang.


Sunday, February 14, 2010

Selamat

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya.Kepada umat Muhammad jgn lupa sambutan Maulidul Rasul bakal menjelma...Semoga kasih syang kita kebawah junjungan besar Nabi SAW makin bertambah..

Monday, July 27, 2009

Lama Tak Berposting




emm memang lama.dah nak masuk 7 bulan.nak kata sibuk tak juga.tapi ada la sedikit.bulan lepas dah jadi abi.dok layan kerenah si kecik.apa-apa pun terima kasih kepada penghantar komen2 sebelum-sebelum ni.ni gambar si kecik (baby girl-nur najwa hairani)

Tuesday, January 27, 2009

Cakap-cakap Politik Kedai Kopi

Ada tengok tak berita tb3suku semalam.YB Nizar kata tunggu..ada lagi ADUN nak melompat.Tok Jib kata dah tak ada.Mari kita tengok sape yang kena..Nak kena tanya jugak pengundi Bota PRU12 ari tu depa pilih calon ke pilih parti.Kalau kat P036 ari tu depa pilih calon dan pilih parti..

Monday, January 26, 2009

Apa Cerita Selepas CNY

Dengar apa2 cerita tak selepas Tahun Baru Lembu...Dengar2 gula dah nak naik.Agak2 kalau minum tea o kurang manis masih harga lama tak..Tahniah kepada gomen kita kerana bakal naikkan harga gula ikut pasaran antarabangsa.Kurangkan subsidi untuk rakyat marhean ini.